Kerjaya antarabangsa Aleksandar_Mitrović

Mitrović telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Serbia oleh jurulatih Siniša Mihajlović untuk kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Belgium.[9] Beliau bermain selama 69 minit dalam perlawanan debutnya dan menerima kad kuning selepas menerjah kaki Axel Witsel, sebelum digantikan oleh Marko Šćepović.[10] Mitrović telah dipanggil oleh jurulatih pasukan bawah-19 Serbia, Ljubinko Drulović untuk dua perlawanan kelayakna kejohanan bawah-19 UEFA 2013.[11] Mitrović merupakan sebahagian daripada skuad Serbia ke Lithuania untuk perlawanan akhir, di mana beliau menjadi pemain utama Serbia yang memenangi kejohanan bawah-19 buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Serbia. Beliau telah menjaringkan satu gol dan dua hantaran sepanjang kejohanan itu.[12] Mitrović juga dinamakan sebagai "Pasukan Terbaik Kejohanan", merujuk kepada aksi beliau yang terbaik.[13]

Pada 6 September 2013, Mitrović menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan Serbia ketika seri 1–1 menentang Croatia.[14]

Pasukan kebangsaan Serbia
TahunPmnclnGol
201331
201470
Jumlal101

Gol antarabangsa

#TarikhArenaLawanSkorKeputusanKejohanan
1.6 September 2013Stadium Red Star, Belgrade Croatia1–11–1Kelayakan Piala Dunia 2014

Rujukan

WikiPedia: Aleksandar_Mitrović http://www.mozzartsport.com/vesti/idealnih-11-supe... http://www.mozzartsport.com/vesti/mitrovic-nadam-s... http://www.mozzartsport.com/vesti/top-25-najboljih... http://www.theguardian.com/football/2014/nov/04/ar... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.uefa.com/under19/history/season=2013/go... http://www.uefa.com/under19/season=2013/matches/ro... http://www.sportske.net/vest/domaci-fudbal/miha-ob... http://www.partizan.co.rs/35805-mlade-snage-nadola... http://fss.rs/sr/news/newsArchive/story/5321/%D0%9...